Sunday, 12 March 2017

DUB1012 PENGAJIAN MALAYSIA
SEJAUH MANA DASAR EKONOMI BARU DAPAT MEMBANTU MASYARAKAT LUAR BANDAR



NAMA AHLI KUMPULAN:
1) NOORASYIDAH IZZATI BINTI KHALID
02DMH16F2033
2) NUR ZAHIDAH BINTI DAUD
02DMH16F2028
3) NURUL SYAZWANI BINTI SOIB
02DMH16F2029
4) AISYAH BINTI CHE ANUWA
02DMH16F2030
5) BALQIS UZMA BINTI NORAZMAN
02DMH16F2005

PENSYARAH: ENCIK MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru
Objektif
Strategi Membasmi Kemiskinan
    ➲ Penyediaan Infrastruktur Komuniti
    ➲ Industri Kecil Dan Sederhana
    ➲ Pemilikan Tanah
Rumusan
Rujukan 

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah untuk memupuk perpaduan negara. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990.
           
          Secara khususnya sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta ekonomi yang tidak seimbang. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan cinta akan negara.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata ialah Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.


Bagi memastikan matlamat DEB untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah  RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Objektif

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.


Strategi Membasmi Kemiskinan

       Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Hal ini kerana pencetus dasar ini jelas disebabkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik.
[i]  Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga yang bersabit dengan pendidikan seperti bantuan buku dan biasiswa.
[ii]   Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB sangat berbeza-beza apatah lagi hanya masyarakat yang tinggal di bandar sahaja menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan sebagainya manakala masyarakat di luar jauh ketinggalan. Dengan memodenkan keadaan kehidupan rakyat dengan menyediakan kemudahan asas iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik[vi] sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan.
[iii]  Selain itu, kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum juga dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan. Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian.
Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan.
[iv]   Hal ini bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar digalakkan menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.Strategi lain yang dilaksanakan dalam strategi membasmi kemiskinan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk. Antara langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan.Kerajaan juga berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, dengan program-program tanaman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musim; kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit demi membantu golongan bumiputera di kawasan luar bandar

Penempatan FELDA, sama ada unit perkampungan tunggal atau bandar, adalah komuniti yang sengaja dibina atau dirancang di kawasan desa untuk mencapai matlamat-matlamat sosio-ekonomi negara. Sebagai komuniti baru sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri yang istimewa kerana ia dirancang berdasarkan konsep perancangan moden dan polisi-polisi yang dibentuk khusus untuk membawa perubahan sosial, ekonomi dan fizikal kepada masyarakat desa. Petempatan FELDA adalah komuniti yang pertama yang dirancangkan secara menyeluruh di kawasan desa dan pembukaan tanah baru di luar bandar.

Penyediaan Infrastruktur Komuniti

Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA. Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan. Oleh kerana asas ekonomi pusat- pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia diwujudkan.

       
          Ini memerlukan satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran- jiran mereka. Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujud hasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.

Industri Kecil Dan Sederhana (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Antara peranan MARA adalah untuk

 Membantu, membimbing bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang ekonomi. Seterusnya, menambah guna tenaga bumiputera. Selain itu, meningkat ekuiti bumiputera dalam syarikat. Ia juga menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam bidang perniagaan.

Pemilikan Tanah

        Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Disamping itu tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak  bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberi tanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh selama 25 tahun.      
        
        Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik  berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hak milik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisioleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaiantanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat disaksikan.

     
         Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supayamaju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semulamasyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan negara ini.

Rumusan

          Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain.

      
 Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif di atas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta dan lain-lain.


Rujukan

  1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
  2.  https://prezi.com/m/-crseocxb0-by/matlamat-utama-dasar-ekonomi-baru-deb-ialah-untuk-mencapai
  3. http://sitibahriahsejarah.blogspot.my/2011/01/sejarah-tg5-bab-8.html
  4. Buku teks Pengajian Malaysia