Sunday, 12 March 2017

Pemilikan Tanah

        Sistem pemilikan tanah dalam komuniti FELDA adalah baru dan sangat berbeza dengan amalan pemilikan tanah tradisional di Malaysia. FELDA mengenakan peraturan dan syarat yang ketat terhadap pemilikan tanah untuk melindungi kepentingan dan kesejahteraan peneroka. FELDA mempunyai kuasa untuk mengambil semula pemilikan tanah tersebut jika peneroka didapati melanggari mana-mana syarat atau peraturan yang telah ditetapkan. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk menghalang pembangunan atau kemajuan yang tidak diingini di ladang-ladang pertanian. Dengan cara ini, tanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. Disamping itu tanah pertanian dilindungi daripada diambil untuk pembangunan perumahan atau pembangunan-pembangunan lain yang bertentangan dengan prinsip perancangan yang di jalankan oleh FELDA. Kedua, peraturan seperti ini adalah untuk mengelakkan pemilikan tanah bertukar milik kepada orang lain yang tidak  bertanggungjawab, dan dengan itu menggagalkan tujuan asal FELDA untuk memberi tanah kepada penduduk desa yang tidak bertanah dan miskin.Hak milik tanah diberi kepada peneroka berdasarkan sistem pemilikan bagitempoh selama 25 tahun.      
        
        Walaupun peneroka di rancangan getah diberi hakmilik  berasingan bagi tanah mereka, di rancangan kelapa sawit, tanah diberi hak milik secara berkumpulan seperti yang telah di laksanakan di beberapa FELDA, antaranya adalah FELDA Jengka dan FELDA Keratong di Pahang. Ini adalah satu lagi ciri baru berhubung dengan amalan pemilikan tanah di Malaysia. Tanah peneroka dibenarkan untuk diwarisioleh anak mereka. Walaubagaimanapun, pemecahan tanah yang akan menimbulkan saiz tanah yang tidak ekonomis tidak dibenarkan. Oleh itu, FELDA membenarkan tanah tersebut diwarisi oleh seorang sahaja daripada anak peneroka. Kesemua langkah inidiambil untuk menjaga kepentingan peneroka supaya ia tidak menjejaskan matlamat perancangan FELDA untuk member satu aras pendapatan pertengahan kepada merekadan keluar mereka.Kini Genap 50 tahun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA menempuh pelbagai cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkankawasan luar bandar. Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa cemerlang dan pencapaiantanah yang telah ditetapkan dalam komuniiti kekal sebagaimana yang telah dirancang. FELDA yang membanggakan dapat disaksikan.

     
         Misi 50 tahun pertama penubuhan FELDA sudah mencapai objektifnya, kini agensi itu menggalas tugas untuk memastikankecemerlangannya terus bertahan untuk 50 tahun lagi. Semestinya meletakkan kedudukan masyarakat peneroka lebih baik daripada apa yang mereka nikmati hari ini.Selepas berjaya mencapai objektif penubuhannya iaitu untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna, menggerakkan masyarakat peneroka supayamaju, produktif dan berdisiplin serta meningkatkan taraf hidup lebih sempurna maka lebih jauh kepada pembabitan di peringkat antarabangsa. Kestabilan harga sawit dangetah yang dianggap antara paling selesa ketika ini membolehkan FELDA menjadi peneraju utama industri sawit hingga ke peringkat antarabangsa. Dengan ini menunjukkan bahawa, DEB yang telah di jalankan oleh pihak kerajaan walaupun tidak mencapai objektif sepenuhnya, namun di peringkat proses penyusunan semulamasyarakat, Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi, dan supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi boleh dikatakan berjaya dilaksanakan. Golongan miskin yang telah berpindah ke kawasan FELDA pada mulanya dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tanah kini telah menjadi warga Malaysia yang prodaktif dan inovatif bagi kemajuan negara ini.