Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dapat dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tertinggi hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kepincangan dalam pelaksanaan DEB kerana masih terdapat kes-kes yang terpencil seperti kadar kemiskinan untuk bumiputera adalah empat kali ganda lebih banyak berbanding kaum-kaum lain.
Dasar Ekonomi Baru
yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh.
Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif di atas.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan
kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran
rakyat dari sektor swasta dan lain-lain.