Sunday, 12 March 2017

Penyediaan Infrastruktur Komuniti

Petempatan FELDA disediakan dengan infrastruktur yang sesuai untuk kesejahteraan dan sosial para peneroka. Unit-unit petempatan ini mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk pendidikan anak-anak, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan kemudahan lain turut di berikan kepada peneroka FELDA. Penyediaan infrastruktur di petempatan FELDA mencerminkan satu usaha untuk membawa modenisasi ke kawasan desa, perubahan sosio-ekonomi tidak dapat dicapai dengan memuaskan sekiranya pusat-puat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal dan peneroka dibiarkan tanpa infrastruktur yang diperlukan. Oleh kerana asas ekonomi pusat- pusat petempatan FELDA dibina berdasarkan tanaman perdagangan yang berorientasikan eksport, maka hubungan dengan pusat-pusat bandar yang lain dan pelabuhan sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia diwujudkan.

       
          Ini memerlukan satu sistem mengadakan kebun sendiri, dan berkongsi sempadan yang sama dengan lot rumah jiran- jiran mereka. Kawasan pertanian yang membentuk sempadan petempatan dilindungi daripada pembangunan bukan pertanian untuk menjaga kepentingan peneroka. Pembinaan bandar baru jugak berlaku dengan wujudnya petempatan baru FELDA, bandar Muadzam Shah, di Rompin, Pahang adalah salah satu bandar baru yang wujud hasil daripada pembukaan tanah FELDA di kawasan terbabit. Penduduk FELDA dikawasan berhampiran bandar baru ini agak mudah untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan perbankan, urusan perniagaan, dan lain-lain lagi yang memerlukan mereka untuk keluar ke bandar.