Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu bentuk
perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah untuk memupuk perpaduan negara. Selain
itu, rancangan ini juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi
yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang
seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta
mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing
dengan kaum yang lain. Maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan tidak berharta adalah berpunca
daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang melayu lebih banyak menghadapi
kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. DEB dirancang sebagai satu program
jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970
hingga tahun 1990.
Secara
khususnya sumbangan DEB kepada pembentukan perpaduan di Malaysia pada masa kini
adalah untuk mengurangkan dan menghapuskan keadaan dan suasana sosial serta
ekonomi yang tidak seimbang. Seterusnya menggalakkan dan mengukuhkan intergrasi
nasional menerusi pegurangan jurang perbezaan pembangunan ekonomi diantara
negeri dan diantara kawasan bandar dan luar bandar. Membangunkan sebuah
masyarakat yang maju dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang
tinggi di samping memiliki nilai-nilai sosial dan kerohanian serta perasaan
cinta akan negara.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi
Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata ialah Penyusunan semula
masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
Bagi memastikan matlamat DEB untuk menghapuskan
kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di
kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970,
didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan
di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu
berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga
diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program
bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada
kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB,
matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia
Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah
17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.